bunga

Monday, 16 January 2012

kita bercinta hingga ke syurga yer (( :









Aku menantikan kehadiran
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid
Seorang hambaNYA yang sentiasa mengingatiNya
Seorang lelaki yang tegas dan berani
Tidak pernah takut untuk berkata benar
Malah tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir munajat
Ketika aku terpesona dengan  keindahan perhiasan duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati dan keindahan pesona cinta Maha Esa

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini hanya persinggahan
Tempat menanam benih amal
Hasilnya dipetik di padang Mahsyar kelak
Dia cukup menjaga matanya dari menjamu tipudaya maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami Islam
Sebagai benteng dan bekalan perjalanan kehidupan ini
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga
Raut wajahnya sentiasa kelihatan penat
Fikirannya sentiasa memikirkan masalah ummat
yang kini kian membarah
Tambahan pula perjuangannya penuh dugaan
Dia tetap tabah dan sabar
Baginya, keperitan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiriDia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa berpesan tentang solat di awal waktu
Dialah imam dan pemimpin keluargaku kelak
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya



Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAH.. ALLAHUROBBIDia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakikiAku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta



kerana cintanya itu mendekatkan aku padaNYA.
Cinta Illahi itu jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia..???
Aku masih menanti kehadirannya
Dengan lafaz seribu ketenangan
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengannya
Kerana..
Dialah pilihan hatiku.. 
Nikahilah aku keranaNYA ya akhi.. 
Hanya keranaNYA kau mampu membahagiakan hidup dunia dan akhirat.






Bicara Ikhlas dari hati muslimah..
Sumber : http://ilusimindaku.blogspot.com/2011/09/aku-menanti-kehadiran-mu.html



 p/s                 ==> Cinta lepas kahwin much more awesome!! ~rijaluddin~

MONOLOGUE ==> surelah dhia poon nak sgt kahwin ngan lakii cam tuh.. but untuk dapat suamii cam tuh ssh so,dhia kner ubah diriii dhia dluh..kan Allah ader berfirman " lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" so nak dapat suami yang soleh kitr kner solehah dulu.."menjadi kemudian mencari" .. Let Allah decide the rest =)





2 comments:

  1. Sshnye nk cari akhi yg mcm tu sekarang ni.. ~_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu largh so b4 mencarii kiter kner menjadii duluh =)
      "lelaki yg baik untuk perempuan yang baik"
      akan ku tunggu rijaluddin ku
      awak,kita bercinta sampai ke syurga yer =)

      Delete