bunga

Thursday, 3 November 2011

Sultan Muhammad Al - Fatih =)

 Assalamualaikum and hello there world.
T.O.D.A.Y I just wanna to share you some information about SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH.
Getting this awesome information or should i say "biografi" of this fascinathing icon by googling the wikipedia source(BTOOL KER GRAMMAR AKU NIH??layan jer largh yer.chill readers i`m just new in this english -iian- world..DO SUPPORT ME ok(n_n).Glad and bless when I finally succesful to find it.
without wasting another precious time,let`s gets this over.OK!!
~Let`s enter SULTAN MUHAMMAD AL - FATIH WORLD for a couple minute~10s readers =)

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Beliau merupakan seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.



Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
 

 Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

p/s---> hope korang enjoy bacer bndeer nih.
*monologue=Umat Islam dulu sangat kuat;IMAN+AQIDAH+KEYAKINAN+++ sangat mengagumkan x hairanlah dulu islam begitu diseganii di mata dunia.Harap sangat keadaan itu boleh muncul semula.(AMIN) so,Jomlah,mari kita berusaha supaya keadaan itu muncul sekali lagi.ISLAM IS THE BEST
klo zaman dulu yg x der teknologi macam skunk nii pon (ipad and so on) ley wat kan ISLAM GEMILANG x kan sekarang x ley??..LBNL,~A SIMPLE CHANGE CAN CHANGE THE WORLD AROUND YOU~


                                                                                                           THE END
                                                                                                      DIAAPPLESTORY




No comments:

Post a Comment